VISI
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Raja Permaisuri Bainun dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
Melaksanakan proses pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara bermula pada hari pertama persekolahan baru dibuka.
Berusaha mengembangkan bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berasaskan pembinaan generasi bestari.
Memberi keutamaan kepada segala usaha dan aktiviti yang menganjurkan penerapan nilai-nilai positif dan murni demi kecemerlangan warga Bainun.
Menyediakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
Mengambil langkah keselamatan 100% kepada warga Bainun dan menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi serta mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Mengurus dan menggunakan segala peruntukan kewangan yang diterima secara efisyen dan berkesan bagi keperluan dan faedah murid.