IKRAR PELAJAR
IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami dalam mencapai kecemerlangan berdasarkan prinsip-prinsip :-
Berilmu, beriman dan beramal
Kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
Berdisiplin dan berakhlak mulia
Penguasaan teknologi maklumat
Keterampilan kepimpinan
Semangat patriotisme
Kami juga menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara iaitu :-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan